PERANAN ULAMAK ISLAM
DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
NAMA: WAN DURRAH
SYAHMINA BINTI MOHD MUKTI
(02DSK16F2032)
AZZAHRAA BINTI
ABDUL RAZAK
(02DSK16F2022)
AIN
UMAIRAH BINTI AMRAN
(02DSK16F2008)
TAJUK:
PERANAN ULAMAK ISLAM DALAM PERJUANGAN
MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYUA)TOK JANGGUT
B)MAT KILAU
C)TOK KENALI
PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN ZAWAWI
JABATAN: SAINS KESETIAUSAHAAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah
hirrabbil’alamin, kami melafazkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan
limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN
ZAWAWI Pensyarah Mata pelajaran Pengajian Malaysia (DUB1012), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu
juga ,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang
banyak memberi dorongan dan bimbingan dari segi mental dan fizikal. Kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu
kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan iaitu
Durrah, Azzahraa dan Ain Umairah. Pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi
ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di
negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada
dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat
terbina,begitulah juga pembangunan
dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai
renung-renungan dan selamat beramal.
“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling
pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan
yang terus-menerus.
PENGENALAN
Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui satu proses yang panjang.
Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun
menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara
sendiri yang berdaulat kian menebal. Ulamak-ulamak yang terdahulu begitu berani
untuk menegakkan keadilan dan hak mereka sehinggakan sebahagian terbunuh
dalam menegakkan kemerdekaan negara. Antara tokoh-tokoh yang ditampilkan
adalah Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Tok Kenali.
Mereka ini bukan sahaja menegakkan kemerdekaan malahan juga merupakan seorang
alim ulamak yang juga menegakkan agama Islam. Mereka juga seorang yang
berpengetahuan dalam agama Islam sebagai contoh Tok Kenali. Beliau merupakan
seorang penulis dan juga Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang mana
merupakan salah satu majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di
Nusantara.
TOK JANGGUT
Pengenalan
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali
sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang
penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaancukai oleh pihak
British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Biografi
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat.
Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas
Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak Britishmengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi
pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan
keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah
pengenaan cukai seperti berikut:
cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
kelapa sebanyak 3 sen setandan
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan
bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal
daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal
pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji
Said, Che Sahak dan PenghuluAdam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk
tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan
besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik
Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan)
bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu
perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya
menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan
daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6
Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbukdan Kampung
Pupuh.
Kematian Tok Janggut
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan
berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam
pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke
Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung
beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan.
Perjanjian Inggeris-Siam
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan
telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah
pemerintahan Tuan Long Senik Mulut Merahdengan gelaran Sultan Muhamad Shah IV.
Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan
kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di
Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran
baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di
daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan.
Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar
kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.
Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir
Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas
mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai
Tok Janggut.
Punca Konflik
Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang
berasal dari Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir
Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan
Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok
buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen
sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok
kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan
binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan
membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.
Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan
dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada
pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat
membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai,
mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil
keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan
enggan membayar cukai yang ditetapkan.
Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut
dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke
mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke
mahkamah.
Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu
Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta
penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu
perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk
telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah
Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada
pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan
Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.
Perang Bermula
Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi
oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul.
Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira
1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan
maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih
untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan
tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak
meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan
dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa
pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan
kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis
yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut
setelah merampas senapang mereka.
Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut
mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan
Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap
Sultan Muhammad Shah IV.
Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya
telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja
Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan
Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua
Daerah.
Konflik Berlarutan
Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok
Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi
merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada
menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan
Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya yang dianggap
oleh Baginda sebagai orang yang menderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah
sesiapa yang dapat menagkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok
Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak
$500/-. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya akan dirampas dan rumah
mereka akan dibakar.
Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan
rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap
sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas
Besar Kubu Tok Janggut.
Peranan Inggeris
Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok
Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga
Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan
kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan
pengikut-pengikutnya.
Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah
menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk
memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei1915, askar tersebut telah
sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian.
Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya
yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara
berhadapan. Pada 17 Jun1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu
seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.
Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100
orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke
Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan
rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda,
membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih
termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.
Pertempuran Kampung Saring
Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500
orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih.
Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar
Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut
berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama
Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan
Abdul Rahman Anak Kerbau.
Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih
terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden,
berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur
manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke
Reman di Selatan Siam.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun
dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat
supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah
itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara
dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung. Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam
menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa
Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam. Kehadiran
Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan. Mat Hassan pulang ke
Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan
Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan
barisan menentang penjajah itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang
seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti-Inggeris semakin
meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan
Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan
1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam
Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa
Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang
British dan sekutunya.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali
menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk
membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut
dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin
pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah
Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan
akibatnya beliau ditikam mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di
Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu
akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut
terbunuh bersama ramai pengikutnya. Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir
Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke
bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
TOK KENALI
PENGENALAN
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok
Kenali (1868 – 1933) ialah
seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung, guru agama
Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan
Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi
wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan
juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).Yang
saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad
al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali.
Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathani lah yang pertama menggunakan istilah
‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama
Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid
Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan
itu, Awang Kenali ikut serta.
Kelahiran Tok Kenali
Beliau
dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang
Kerian, Kota
Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama
Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung
pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama
Ahmad, manakala Fatimah bt Salleh, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan
bercita-cita tinggi dan murni.
Latar Belakang Tok Kenali
Muhammad
Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan
sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya
bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan
suaminya.
Sebelum
melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada
datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab
suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan
pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian
lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga
pengetahuan agama.
Isterinya
ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu
Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.
Perlu
disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit
sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup,
seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar
berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.
Bapanya
meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di
bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam
corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tok Mek ngah turut
memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap
punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh
makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan
di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.
Kebolehan
Luar Biasa
Kecenderungan
Tok Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju
dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia
telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan
baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya
untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan
hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara
tujuh ke lapan tahun.
Dalam
beberapa laporan lain, misalnya laporan dari salah seorang penduduk Kubang
Kerian yang menceritakan pada wartawan Majalah Tiga yang ditayangkan pada
Sabtu, 13 Jun 2009. Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya telah menceritakan
kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali. Bapanya menceritakan bahawa pada
suatu ketika, di sebuah kampung di Kelantan, terdapatnya beberapa masyarakat
Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu, keadaan
pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat
yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada kebiasaannya perbuatan
menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan
kegiatan judi dan pergaduhan). Oleh demikian, Tok Kenali dan beberapa orang
kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu
itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah terbakar di kampung
itu. Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung itu juga, kebanyakan
daripada rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya.
Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hamba-Nya yang beriman dan ingkar.
Melanjutkan
Pelajaran Ke Kota Bharu
Sewaktu
berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil
langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang
ditujunya ialah ke Masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru
agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan
menyambung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh
dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.
Dalam
masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahanda
Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar
bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’
Selain itu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti
kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan
kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.
Melanjutkan
Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah
Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita
yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah.
Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali
menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping
menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan
mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.
Kehidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah
Pemergian
Tok Kenali ke Tanah Suci Mekah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat
dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan
daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di
rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana
tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi
Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang
sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i,
sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya
sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan
di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan
menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara
kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan
tandus.
Perkembangan
Pelajaran
Sebelum
beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan
asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah
pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap
segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah
melayakkan Tok Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajarannya yang
sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.
Tok
Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga
beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan
kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang
agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam
simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah
gurunya. Selain itu, Tok Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya
sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya, membawa Tok Kenali mengharungi lautan
ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.
Jelaslah
bahawa Tok Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan
ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam
dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya
sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan
perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan
banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan
ilmu seseorang pelajar atau siswa.
Antara
guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tok Kenali ialah
Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai
seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tok
Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun
penghidupan. Disamping itu, terdapat beberapa orang guru dari patani dan
indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tok kenali disamping guru-gurunya
yang terdiri daripada orang-orang Arab.
LAWATAN
TOK KENALI KE MESIR
Dalam tahun 1904M, Tok
Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang
kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail
Patani. Garis-garis kasar lawatan ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau
ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji
hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di Universiti
Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.
PULANG KE TANAH AIR
Pada tahun 1909M (1327 H)
iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tok
Kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M
(1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang
kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun
kemudian, beliau menjadi guru di Masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu yang
waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga
dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
Murid-murid
dari seluruh Kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak
berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu.
Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri
datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal .
Selain daripada Tok kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah,
Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.
Memandang
hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tok
Kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun
mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali
bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini,
malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) Kemboja, Patani dan lain-lain.
Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang
suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.
Dalam
menjalankan tugasnya, Tok Kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran
(teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iaitu pengajian Bahasa dan
pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran.
Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa
Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan
kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang
dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping
itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar
dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-pengajian kepada orang-orang dewasa
inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang menggelikan, sebagai
suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang
ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tok
Kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran
sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan
bahawa Tok Kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.
Kemasyuhuran
Tok Kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung.
Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan
Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang
diajar oleh Tok Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu,
sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan
masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru
agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tok Kenali membaca kitab, cukuplah
dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh
membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tok Kenali
memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga
memberi peluang-peluang bertanya.
Jawatan-jawatan Tok Kenali
Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan
sistem pengajian pondok yang terdapat di negara ini amnya dan di Kelantan,
khususnya.Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang
datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang,
Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: “Belajar rajin-rajin” dan
“balik buka pondok!”Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan
pelbagai karamah seperti berjalan di permukaan air, dapat berada di banyak
tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyai mulut yang masin (berlakunya
beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau).
Beliau juga dapat mengetahui perkara-perkara yang akan
berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.Beliau meninggal
dunia dalam usia 65 tahun pada 19 November, 1933. tenaga penting majalah
Pengasuh Beliau adalah tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di
samping pernah menjadi Ahl iMajlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama.
Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan lima tahun di Mesir.Beliau
membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota
Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya
hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok
pengajian di tempat masing-masing.
Di samping mengajar, Tok Kenali juga aktif dalam
penulisan.Gandingan ulama dan umara Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok
Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu
menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.Tok
Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan
pembahagian harta pusaka menurut syariat.Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar)
Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Nik Mahmud Ismail sering berbincang
dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara
pentadbiran.Beliau pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan
bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya
dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota
Bharu akan maju.
Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan
banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati
Tok Kenali.Bagindalah yang memerintahkan Tok Kenali menterjemah kitab induk
Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.Mengajar di Masjid
Muhammadi Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar
di Masjid Muhammadi.Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar
sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri
Besar).Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling
masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang datang serata negeri di Tanah
Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi
dan termasyhur ketika itu.
Menghembus Nafas Terakhir
Setelah
kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tok Kenali pun dipanggil
menghadap Allah, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu
penyakit di kakinya.
Majalah
“Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M mencalitkan berita tentang kematian Tok
Kenali antara lain berbunyi;
“kembali
ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi
wa innaa ilaihi raaji’uun:.
“Hari
wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang
jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang
yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tok
Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tok
Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana
negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli Yang Maha Mulia Al-marhum Sultan
Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa
lagi oleh ramai terutamanya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di
negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari
desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta
tapi meninggalkan ilmu dana bakti.
Peranan
dan Sumbangan Tok Kenali
* Sejak dari muda
lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas
–tugas penulis dan peranan majalah-majalah serta akhbar-akhbar
* Pengasas dan
pendorong majalah ‘PENGASUH’ ,1918 ( Majalah kedua yang tertua selepas majalah
Al-Imam – Syeikh Al Hadi )
* Tidak
meninggalkan hasil-hasil karya yang besar dalam mana-mana bidang pengajian
islamiah,namun jasa paling besar ialah keajayaannya melahirkan satu angkatan
Ulama’ yang memegang obor pengajian tinggi islam bukan di negeri Kelantan dan
Malaya,malah di Thailand, Kemboja dan Indonesia, di separuh pertama abad dua
puluh
* Telah berjaya
membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, Nahu saraf, Balaghah dan sistem
pelajaran pondok di negeri itu
* Keahlian beliau
dalam bidang-bidang itu merupakan legenda di kalngan ahli-ahli ilmu di zaman
itu.
* Dalam
kebanyakan waktu,beliau boleh mengajar tanpa melihat kitab
* Aktif dalam
bidang kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri
* Berjaya membina
dan membuka sebuah pondok yang bernama Pondok Kenali
* Pernah
menyandang pelbagai jawatan seperti :
- Anggota Majlis Agama Islam
- Anggota Jemaah Ulama’ Kelantan
- Ketua Pengarang Pertama Majalah Pengasuh
- Ketua Pelajaran Pertama di Pondok Kenali
MAT KILAU
Pengenalan
Nama
penuh beliau ialah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok
Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat
Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[perlu rujukan] Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan
berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir
Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah
keras.[perlu rujukan]
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin
dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung
Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau
Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan
rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang
anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu
kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang
lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti
keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri
iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji
Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar
untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini.
Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang,
Terengganu dan Kelantan.[perlu rujukan]
Sejarah Perjuangan
Mat Kilau ketika menceritakan sejarah
perjuangan beliau setelah muncul dari persembunyiannya dan pulang ke Kampung
Pulau Tawar, Jerantut
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran
yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan
dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak
penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu
memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak
tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada
masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian
persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya
sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di
Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat
Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka
bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat
Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang
diketahui namanya ialah Pawang
Nong, Teh Ibrahim, Mat
Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup
sehidup semati dengan Mat Kilau.[1]
Buruan British
Khabar yang menyatakan
Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan
di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua
Pendehaka, iaitu Dato'
Bahaman telah jatuh ke
tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula
memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya
dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia
telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota
Bharu disebabkan
kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh
akhbar The Free Press keluaran 22
Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah
riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui
kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau),
Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang
lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka
terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu
tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930
Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia
memakai nama Mat Siam.
Keluar Dari
Persembunyian
Mat Kilau ketika ditemuramah wartawan
Mat Kilau ketika ditemui di kampungnya.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang
pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan
dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka
Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas
daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu
Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke
Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat
Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat
Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga
Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa
itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi
membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada
pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6
Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau
oleh Menteri Besar Pahang,
YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana
keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.[3] Walau bagaimanapun fakta ini
dipertikaikan kerana tiada dokumen untuk mengesahkan usia beliau.
Jasa
Mat Kilau
Sekitar 1890-an, rakyat negeri Pahang
memberontak kerana marah dengan tindakan British yang mengambil alih tugas
memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Kesannya,
pembesar negeri bermula siri pemberontakan hingga mengakibatkan mereka diburu
British kerana menentang penjajah. Perjuangan Dato Bahaman
dalam menawan semula Lubuk Terua menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan
Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Rentetan daripada peristiwa itu,
British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan
mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Seterusnya, Mat Kilau dan beberapa
pembesar lain berjaya melarikan diri ke negeri jiran iaitu Kelantan dan
Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh
ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan
Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Melalui kerjasama dan sokongan padu
yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke
Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus. Penentangan
Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi dicop
sebagai penderhaka dan menjadi orang buruan Inggeris Beliau terpaksa
mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.
Mat
Kilau Menubuhkan Pasukan Silat Melawan British
Pada peringkat awal perjuangan, kumpulan Mat Kilau itu dan
pengikut-pengikutnya mencapai beberapa kejayaan. Bagaimanapun, dengan kekuatan
tentera tambahan serta tipu helah kononnya pejuang-pejuang itu sebenarnya
menderhaka sultan, British berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi
menyertai kumpulan itu dan seterusnya menghakis kekuatan mereka.
Mat Kilau yang pernah membunuh beberapa askar penjajah terpaksa
melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan dan akhirnya menjadi orang buruan
Inggeris secara berterusan.
Ketika dalam persembunyian, beliau telah membuka gelanggang silat
untuk melatih penduduk setempat bagi menubuhkan satu pasukan silat di kampung
berkenaan dan anak muridnya terdiri daripada muda-mudi di kampung itu dan
sekitarnya.untuk kembali melawan British. Salah satu tempat yang menjadi
persinggahan Mat Kilau ketika merantau ialah Kampung Pasir Raja.
Anak buah yang mengikuti Mat Kilau juga diajar menggunakan senjata
seperti parang dan tombak. Tujuan Mat Kilau mengajar silat kepada mereka adalah
untuk menubuhkan sebuah pasukan bagi menentang penjajah. Selepas kira-kira tiga
bulan, Mat Kilau membuat keputusan untuk pulang semula ke Hulu Tembeling.
Kesemua anak buah memutuskan untuk mengiringi Mat Kilau ke tempat itu melalui
kawasan hutan yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai. Selepas menghantar Mat Kilau ke Hulu
Tembeling, mereka kemudiannya berpatah balik ke Kampung Pasir Raja mengikut
laluan yang sama tetapi kali ini dibantu oleh tiga Orang Asli yang menjadi
juruarah mereka. Selepas daripada itu, Mat Kilau tidak pernah pulang ke Kampung
Pasir Raja.
Kesimpulannya, Pahlawan terbilang
Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri
kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi
menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin
dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat
disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada
di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat
Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka
bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau juga adalah seorang yang jujur dan
tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.
Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh
Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini
sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Sekitar 1890-an, berlaku
pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil
alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri
sehingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.
Daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa
pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan
beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat
perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang
diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke
Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke
Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri
itu. Laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan
diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir
Raja.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di
dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times
dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah
jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895. The Free Press pula
memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah
dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan
kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh
akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum
tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh
Rimau), Pendekar Tok Demali , Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa
orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka
terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu
tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930
Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia
memakai nama Mat Siam.
Mat Kilau menceritakan kisahnya setelah pulang ke Kampung Pulau
Tawar, Jerantut.
Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah
menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P
2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar.
Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah
bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin
Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau
Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, MatKilau telah pergi ke Masjid di
Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah
membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang
ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.
Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah
bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka
pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai
Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya
ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan
kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
Keberanian dan ketabahan Mat Kilau haruslah kita menyemai dalam diri
kita. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia
menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh
Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari
satu tempat ke satu tempat. Walaubagaimanapun, beliau tetap mengaku identiti
sendiri pada akhirnya dan generasi baru dapat menghargai jasa beliau.
Mudah-mudahan jasa dan pengorbanan Mat Kilau
dapat dihargai dan disanjungi oleh seluruh warga Malaysia.
KESIMPULAN
Kita mestilah menghargai jasa tokoh-tokoh negara dan para ulama' yang telah bermati-matian perjuangkan keamanan negara kita. Kita sepatutnya sentiasa mengingati beliau dan sentiasa bercerita tentang mereka kepada anak cucu kita supaya mereka sedar dan terbuka kepada perjuang-perjuang yang telah berusaha merdekakan negara kita. Akhir kata, hargai lah jasa mereka dan sentiasa bersifat cinta akan negara.
No comments:
Post a Comment