Wednesday, 15 March 2017

PENGAJIAN MALAYSIA

PERANAN ULAMAK ISLAM DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

            NAMA: WAN DURRAH SYAHMINA BINTI MOHD MUKTI 
                           (02DSK16F2032)                            
   AZZAHRAA BINTI ABDUL RAZAK 
                           (02DSK16F2022)                            
AIN UMAIRAH BINTI AMRAN
(02DSK16F2008) 

TAJUK:
PERANAN ULAMAK ISLAM DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
A)TOK JANGGUT
B)MAT KILAU
C)TOK KENALI 

PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN ZAWAWI
JABATAN: SAINS KESETIAUSAHAAN



PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami melafazkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN ZAWAWI Pensyarah Mata pelajaran Pengajian Malaysia (DUB1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu juga ,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dari segi mental dan fizikal. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan iaitu Durrah, Azzahraa dan Ain Umairah. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.  Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,begitulah juga   pembangunan  dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.



PENGENALAN

          Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui satu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Ulamak-ulamak yang terdahulu begitu berani untuk menegakkan keadilan dan hak mereka sehinggakan  sebahagian terbunuh dalam menegakkan kemerdekaan  negara. Antara tokoh-tokoh yang ditampilkan adalah Tok Janggut,  Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Tok Kenali. Mereka ini bukan sahaja menegakkan kemerdekaan malahan juga merupakan seorang alim ulamak yang juga menegakkan agama Islam. Mereka juga seorang yang berpengetahuan dalam agama Islam sebagai contoh Tok Kenali. Beliau merupakan seorang  penulis dan juga Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang mana merupakan salah satu majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara.

TOK JANGGUT



Pengenalan
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaancukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Biografi
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak Britishmengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
kelapa sebanyak 3 sen setandan
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan PenghuluAdam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbukdan Kampung Pupuh.

Kematian Tok Janggut
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Perjanjian Inggeris-Siam
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik Mulut Merahdengan gelaran Sultan Muhamad Shah IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.

Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.



Punca Konflik
Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dari Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.

Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan membayar cukai yang ditetapkan.

Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah.

Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.




Perang Bermula
Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.

Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.

Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.


Konflik Berlarutan
Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya yang dianggap oleh Baginda sebagai orang yang menderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menagkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak $500/-. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya akan dirampas dan rumah mereka akan dibakar.

Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.


Peranan Inggeris
Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.

Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.

Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.


Pertempuran Kampung Saring
Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.



Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung. Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam. Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan. Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.


Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915. Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ. Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya. Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan


TOK KENALI


PENGENALAN

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung, guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathani lah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.

Kelahiran Tok Kenali
Beliau dilahirkan di Kampung KenaliKubang KerianKota BharuKelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah bt Salleh, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar Belakang Tok Kenali
Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.
Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.
Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.
Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.
Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tok Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kebolehan Luar Biasa
Kecenderungan Tok Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.
Dalam beberapa laporan lain, misalnya laporan dari salah seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan pada wartawan Majalah Tiga yang ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun 2009. Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya telah menceritakan kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali. Bapanya menceritakan bahawa pada suatu ketika, di sebuah kampung di Kelantan, terdapatnya beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu, keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan). Oleh demikian, Tok Kenali dan beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah terbakar di kampung itu. Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung itu juga, kebanyakan daripada rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya. Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hamba-Nya yang beriman dan ingkar.

Melanjutkan Pelajaran Ke Kota Bharu
Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke Masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyambung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.
Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahanda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain itu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah
Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Kehidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah
Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Mekah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.

Perkembangan Pelajaran

Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tok Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.

Tok Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya. Selain itu, Tok Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya, membawa Tok Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.

Jelaslah bahawa Tok Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.
Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tok Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tok Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu, terdapat beberapa orang guru dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tok kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.

LAWATAN TOK KENALI KE MESIR

Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis kasar lawatan ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.

PULANG KE TANAH AIR

Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tok Kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian, beliau menjadi guru di Masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.

Murid-murid dari seluruh Kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tok kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.
Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tok Kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) Kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.
Dalam menjalankan tugasnya, Tok Kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iaitu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-pengajian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang menggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tok Kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa Tok Kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.
Kemasyuhuran Tok Kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tok Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tok Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tok Kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.

 

Jawatan-jawatan Tok Kenali


Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya.Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: “Belajar rajin-rajin” dan “balik buka pondok!”Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan di permukaan air, dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyai mulut yang masin (berlakunya beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau).

Beliau juga dapat mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.Beliau meninggal dunia dalam usia 65 tahun pada 19 November, 1933. tenaga penting majalah Pengasuh Beliau adalah tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahl iMajlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan lima tahun di Mesir.Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing.

Di samping mengajar, Tok Kenali juga aktif dalam penulisan.Gandingan ulama dan umara Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat.Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Nik Mahmud Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran.Beliau pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.

Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali.Bagindalah yang memerintahkan Tok Kenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.Mengajar di Masjid Muhammadi Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi.Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar).Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang datang serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur ketika itu.

Menghembus Nafas Terakhir
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tok Kenali pun dipanggil menghadap Allah, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.
Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M mencalitkan berita tentang kematian Tok Kenali antara lain berbunyi;
“kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.
“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tok Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tok Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli Yang Maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamanya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

Peranan dan Sumbangan Tok Kenali
*      Sejak dari muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas –tugas penulis dan peranan majalah-majalah serta akhbar-akhbar
*      Pengasas dan pendorong majalah ‘PENGASUH’ ,1918 ( Majalah kedua yang tertua selepas majalah Al-Imam – Syeikh Al Hadi )
*      Tidak meninggalkan hasil-hasil karya yang besar dalam mana-mana bidang pengajian islamiah,namun jasa paling besar ialah keajayaannya melahirkan satu angkatan Ulama’ yang memegang obor pengajian tinggi islam bukan di negeri Kelantan dan Malaya,malah di Thailand, Kemboja dan Indonesia, di separuh pertama abad dua puluh
*      Telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, Nahu saraf, Balaghah dan sistem pelajaran pondok di negeri itu
*      Keahlian beliau dalam bidang-bidang itu merupakan legenda di kalngan ahli-ahli ilmu di zaman itu.
*      Dalam kebanyakan waktu,beliau boleh mengajar tanpa melihat kitab
*      Aktif dalam bidang kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri
*      Berjaya membina dan membuka sebuah pondok yang bernama Pondok Kenali
*      Pernah menyandang pelbagai jawatan seperti :
  • Anggota Majlis Agama Islam
  • Anggota Jemaah Ulama’ Kelantan
  • Ketua Pengarang Pertama Majalah Pengasuh
  • Ketua Pelajaran Pertama di Pondok Kenali


MAT KILAU


Pengenalan

Nama penuh beliau ialah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[perlu rujukan] Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[perlu rujukan]
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.[perlu rujukan]
Sejarah Perjuangan
Mat Kilau ketika menceritakan sejarah perjuangan beliau setelah muncul dari persembunyiannya dan pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.[1]

Buruan British
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Keluar Dari Persembunyian
Mat Kilau ketika ditemuramah wartawan

Mat Kilau ketika ditemui di kampungnya.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.[3] Walau bagaimanapun fakta ini dipertikaikan kerana tiada dokumen untuk mengesahkan usia beliau.

Jasa Mat Kilau
Sekitar 1890-an, rakyat negeri Pahang memberontak kerana marah dengan tindakan British yang mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Kesannya, pembesar negeri bermula siri pemberontakan hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Perjuangan Dato Bahaman dalam menawan semula Lubuk Terua menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Seterusnya, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri ke negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi dicop sebagai penderhaka dan menjadi orang buruan Inggeris Beliau terpaksa mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.


Mat Kilau Menubuhkan Pasukan Silat Melawan British

Pada peringkat awal perjuangan, kumpulan Mat Kilau itu dan pengikut-pengikutnya mencapai beberapa kejayaan. Bagaimanapun, dengan kekuatan tentera tambahan serta tipu helah kononnya pejuang-pejuang itu sebenarnya menderhaka sultan, British berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi menyertai kumpulan itu dan seterusnya menghakis kekuatan mereka.
Mat Kilau yang pernah membunuh beberapa askar penjajah terpaksa melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan dan akhirnya menjadi orang buruan Inggeris secara berterusan.
Ketika dalam persembunyian, beliau telah membuka gelanggang silat untuk melatih penduduk setempat bagi menubuhkan satu pasukan silat di kampung berkenaan dan anak muridnya terdiri daripada muda-mudi di kampung itu dan sekitarnya.untuk kembali melawan British. Salah satu tempat yang menjadi persinggahan Mat Kilau ketika merantau ialah Kampung Pasir Raja.
Anak buah yang mengikuti Mat Kilau juga diajar menggunakan senjata seperti parang dan tombak. Tujuan Mat Kilau mengajar silat kepada mereka adalah untuk menubuhkan sebuah pasukan bagi menentang penjajah. Selepas kira-kira tiga bulan, Mat Kilau membuat keputusan untuk pulang semula ke Hulu Tembeling. Kesemua anak buah memutuskan untuk mengiringi Mat Kilau ke tempat itu melalui kawasan hutan yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai.  Selepas menghantar Mat Kilau ke Hulu Tembeling, mereka kemudiannya berpatah balik ke Kampung Pasir Raja mengikut laluan yang sama tetapi kali ini dibantu oleh tiga Orang Asli yang menjadi juruarah mereka. Selepas daripada itu, Mat Kilau tidak pernah pulang ke Kampung Pasir Raja.
Kesimpulannya, Pahlawan terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.



 Peristiwa-peristiwa Penting Mat Kilau

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau juga adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri sehingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu. Laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali , Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Mat Kilau menceritakan kisahnya setelah pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, MatKilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau  meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
Keberanian dan ketabahan Mat Kilau haruslah kita menyemai dalam diri kita. Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Walaubagaimanapun, beliau tetap mengaku identiti sendiri pada akhirnya dan generasi baru dapat menghargai jasa beliau.
Mudah-mudahan jasa dan pengorbanan Mat Kilau dapat dihargai dan disanjungi oleh seluruh warga Malaysia.


KESIMPULAN 
Kita mestilah menghargai jasa tokoh-tokoh negara dan para ulama' yang telah bermati-matian perjuangkan keamanan negara kita. Kita sepatutnya sentiasa mengingati beliau dan sentiasa bercerita tentang mereka kepada anak cucu kita supaya mereka sedar dan terbuka kepada perjuang-perjuang yang telah berusaha merdekakan negara kita. Akhir kata, hargai lah jasa mereka dan sentiasa bersifat cinta akan negara.